Dalil :
Persahabatan antara jin dan manusia dalam bentuk 'khadam' dinyatakan di dalam al-Quran. Firman Allah s.w.t. :
"Dan bahawasanya ada beberapa lelaki dari kalangan manusia meminta perlindungan kepada beberapa lelaki dari kalangan jin, maka jin-jin itu menambah bagi mereka dosa dan kesalahan..." - Surah al-Jin: 6
Mengetahui ciri-ciri orang yang memiliki saka :
Secara umumnya orang yang memiliki saka akan mempunyai kebolehan untuk mengubat orang yang sakit disebabkan jin dan syaitan tetapi dengan cara yang meragukan dari sudut syariat, antaranya:
1. Kebanyakkan mereka mempunyai kebolehan mengubat kaedah 'menurun'. Caranya ialah jin tersebut memasuki tubuh orang yang mempunyai saka tersebut dan kemudiannya menyamar sebagai para wali Allah dan orang-orang soleh seperti Syeikh Abdul odir al-jilani, Syeikh Bahauddin an-Naqsyabandi, Syeikg Abu Hassan as- Syazili dan sebagainya.
Namun hakikatnya ia cumalah jin yang datang daripada saka.
2. Pembawa saka mampu berubat tetapi menggunakan jampi yang mempunyai unsur- unsur syirik yang boleh menggugurkan syahadah dan iman.
3.
Mereka Yang Menjadi Sasaran Saka :
1. Anak cucu yang sangat cetek pegetahuan agamanya.
2. Anak cucu yang melazimi maksiat dan sering melanggar peraturan agama.
3. Anak cucu yang sentiasa meninggalkan ibadat wajib seperti solat dan puasa.
4. Adakalanya anak cucu yang kuat pegangan agamanya kerana jin dan syaitan sangat mengidamkan supaya orang yang taat berjaya disesatkan.
5. Anak cucu yang lemah fizikal dan antibodinya. Ini akan memudahkan jin untuk bertapak di dalam badan mangsanya.
6. Anak cucu yang memang menginginkan sangat apa yang dipunyai oleh nenek moyang mereka. Apabila saka ini di warisi seolah-olah orang mengantuk di sorongkan bantal.
Kesan & akibat dari saka :
1. Sukar mendapat anak
2. Banyak perkara ganjil berlaku di dalam hidup seperti berjumpa dengan orang aneh namun orang lain tidak dapat melihatnya dan sebagainya.
3.
Tidak berupaya untuk hidup dengan sempurna kerana menghidap pelbagai penyakit malah penyakit aneh yang tidak mampu didiagnosiskan.
4.
Tidak suka bergaul dengan manusia lain dan kurang suka hidup bermasyarakat.
5.
Sangat sensitif dan mudah terasa dengan kata-kata orang.
6.
Kadangkala tahu perkara-perkara mustahil diketahui oleh orang-orang lain. Namun itu hanyalah bisikan iblis dan jin.
8.
Anak cucu yang mempunyai saka suka melawan cakap ibu bapa dan orang lebih tua.
9.
Kehidupan menjadi suram dan tidak ceria selalu dalam keadaan tegang.
Ini adalah sekadar sesuatu yang saya rasa patut saya share kerana nowadays saka masih tak luput dan masih di bayangi di masyarakat kita (: sharing is caring (:
Tidak ada komentar:
Posting Komentar